JOHOR BAHRU: Suspek yang memukul isterinya yang hamil sehingga koma dipercayai berada di Shah Alam, Selangor atau Alor Setar, Kedah.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis sedang giat mengesan suspek yang berusia 38 tahun itu termasuk menerusi risikan yang dilakukan.
"Kita belum dapat menahan suspek itu namun risikan yang dibuat mendapati suspek dipercayai berada di Shah Alam atau Alor Setar. Kita akan menggiatkan risikan dan membuat serbuan jika mendapat petunjuk baharu," katanya hari ini.
Kelmarin, Jahidah Nordin, 43, dilaporkan sedang bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.
Jahidah yang juga kakitangan kerajaan kini berada di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor, sebaik insiden itu.
Mangsa yang sedang hamil empat minggu itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.
Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga selain nasihat daripada pihak HSA.
Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Rosmaini Abd Raof, 38, masih dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Pada 18 Mei lalu, polis mengedarkan gambar suspek bagi memudahkan orang ramai memberi maklumat lokasi suspek selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Maklumat peribadi suspek turut diedarkan membabitkan nama dan alamatnya iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar di Kedah dan bekerja sebagai peniaga.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!