Siti Nurhaliza, Suami dikompaun RM 10,000 langgar SOP


SHAH ALAM: Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menjalankan majlis tahnik anaknya pada Mei lalu.

Kompaun RM10,000 itu turut dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, antara individu lain yang turut dikenakan kompaun sama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Bagi kesemua individu berkenaan, kompaun RM2,000 dikenakan bagi setiap seorang.

Arjunaidi turut memberitahu, selebriti Norman Hakim serta isterinya, Abby Abadi turut berdepan tindakan yang sama.

Sebelum ini, polis telah memanggil penganjur majlis tahnik anak penyanyi terkenal itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran SOP ketika melaksanakan majlis berkenaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)