SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Saya Tak Memaksa Untuk Dimaafkan, Jangan Libatkan Anak Saya



Biarpun sudah membuat permohonan maaf berhubung menghina pakaian kaum Iban, selebriti popular Ryzal Ibrahim masih terus mendapat kecaman ramai.


Sehubungan itu, dia telah membuat permohanan kali kedua menerusi perkongsian di Instagram miliknya.


“Saya tak memaksa untuk dimaafkan, saya memohon maaf atas dasar tanggungjawab kerana melukakan hati ramai pihak terutama orang Sarawak khususnya kaum Iban. 


“Kepada rakan artis dan penggiat seni di Malaysia, saya mohon maaf jika isu ini memberi kesan buruk kepada industri tanah air. Saya amat berharap semoga tiada perbalahan atau kebencian pada mereka yang mungkin sama terkesan akibat kata-kata saya,” jelasnya.


Jelas Ryzal, dia telah menerima segala bentuk penyelesaian permohonan maaf secara terbuka di mana-mana persatuan Borneo atau Iban yang berkenaan. 



Ujarnya, permohonan maaf yang dibuat juga adalah pengajaran untuk dirinya pada masa hadapan supaya tidak akan mengulangi perkara sama sama ada bergurau terhadap pakaian, makanan, bahasa dan apa-apa bentuk khazanah atau budaya yang perlu dihormati. 


Pada masa sama, dia juga menjelaskan bahawa dirinya secara jujur tidak berniat untuk menghina mana-mana pakaian kaum dan bangsa, jauh sekali bersifat perkauman. 


“Maafkan jika permintaan saya ini keterlaluan. Saya hanya meminta supaya sesetengah pihak tidak melibatkan anak dalam kandungan isteri saya yang tidak bersalah.


“Saya mohon supaya tidak membuat fitnah terhadap anak yang masih dalam kandungan 5 bulan itu yang belum melihat dunia. Anak itu anugerah Allah pada kami berdua selepas 2 tahun dalam bahtera perkahwinan,” pintanya.


Ujarnya, dia sendiri tidak menyalahkan pihak yang memarahinya kerana ia berpunca daripada dirinya yang mencetuskan keadaaan.


“Saya mohon jangan libatkan isteri dan anak kami. Kepada mereka yang keterlanjuran menyebar fitnah anak kami, saya maafkan. 


Untuk makluman, saya akan membuat permohonan maaf secara terbuka secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada hari dan waktu yang akan diumumkan,” ujarnya. 


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.