Roket China terhempas di Lautan Hindi


BEIJING: Roket keluaran negara China yang berada "di luar kawalan" dilapor telah jatuh di Lautan Hindi.

Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.

Sementara itu, Space-Track melalui akaun Twitternya mengesahkan perkara itu.

Roket Long March 5B, yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang pada 29 April lalu, ditugaskan untuk membawa modul pertama stesen angkasa masa depan China "Tianhe" ke orbit.

Ia kembali memasuki atmosfera pada jam 3.24 pagi waktu Britain, dengan sebahagian besar komponennya musnah ketika itu, lapor media China.

Beberapa lokasi disebut-sebut sebagai tempat ia dijangka terhempas.

Antaranya di tenggara AS, Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, Peru, Equador, Colombia, Venezuela, sebahagian Eropah Selatan, sebahagian besar Afrika Utara dan Tengah, Asia Barat, India Selatan dan Australia.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)