SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Raya Suram, Kesukaran Hidup Ibu Tunggal Anak Tujuh

PASIR GUDANG – Sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini suram buat seorang ibu tunggal anak tujuh, Nor Azlinawati Muda, 38, yang telah berpisah dengan suaminya sejak setahun yang lalu.

Nor Azlinawati Muda memberitahu, lebih memilukan, pekerjaannya sebagai seorang operator kilang hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian dia sekeluarga, sekaligus tidak mampu untuk berbelanja lebih bagi menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, gaji bulanannya digunakan untuk komitmen bulanan seperti sewa rumah, belanja keperluan anak dan bil-bil lain.

“Saya ada beli sedikit barangan asas untuk sambut raya, seperti serbuk rendang dan kuih raya menggunakan wang saku hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dengan nasib kami.

“Namun saya tetap bersyukur kerana dapat beraya bersama dengan semua anak selepas diceraikan suami tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Cenderai, di sini semalam.

Menurut Nor Azlinawati lagi, dia menghabiskan kira-kira 12 jam di tempat kerja sehari sementara anak sulungnya yang berusia 17 tahun menjaga anak-anak lain yang berusia antara 15 hingga dua tahun.

Katanya lagi, hanya dua orang anaknya yang masih bersekolah manakala yang lain telah keciciran pembelajaran akibat masalah peribadi yang dihadapinya sebelum ini selain kerana berpindah rumah.

“Saya juga berharap dapat menyewa perumahan rakyat supaya lebih dekat dengan tempat kerja agar dapat kembali menyekolahkan anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Faridah Hamzah berkata, pihaknya akan membantu keluarga itu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berpindah ke rumah yang lebih selesa.

“Ketika ini mereka menyewa di flat yg agak usang dengan persekitaran kurang selamat dimana terdapat ramai warga asing dengan risiko kes jenayah dan jauh dari tempat kerja ibu ini,” katanya pula.

Dalam kunjungan itu, Permata turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan duit raya untuk keluarga terbabit.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.