SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Polis edar foto suami belasah istri hamil hingga koma, tulang rusuk retak

JOHOR BAHRU – Polis hari ini mengedarkan gambar seorang lelaki yang juga saksi utama berhubung kes kejadian pukul isteri hingga parah 4 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki yang dikesan itu dikenali sebagai Rosmaini Abd. Raof, 38.

Menurutnya, Rosmaini diminta tampil untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan isteri sehingga parah.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes mencederakan isteri sehingga parah.

“Alamat terakhir lelaki yang juga peniaga itu adalah A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan ditalian 07-2182323 atau Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

Semalam dilaporkan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas disyaki dibelasah suaminya, 4 Mei lalu.

Mangsa yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Lebih malang apabila doktor memaklumkan wanita yang sedang hamil empat minggu itu mungkin akan mengalami hilang ingatan apabila dia kembali sedarkan diri.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.