SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

PKP : Solat Aidilfitri tak dibenarkan di mukim zon merah...

ALOR SETAR - Berkuat kuasa serta-merta, semua aktiviti keagamaan seperti majlis berbuka puasa, solat terawih, tadarus al-Quran, qiamullail dan sahur di masjid tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di zon merah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, solat Aidilfitri pada 1 Syawal nanti juga tidak dibenarkan dilaksanakan di masjid kawasan berkenaan, sebaliknya orang ramai diminta menunaikannya di rumah masing-masing.

“Setakat ini, empat mukim dikenal pasti berada dalam zon merah iaitu di Kota Setar melibatkan mukim Mergong dan Derga, mukim Sungai Petani di daerah Kuala Muda serta Relau di Bandar Baharu.

"Zon ini akan berubah berdasarkan kes aktif semasa sehingga tamat tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Yusri berkata, untuk jemaah di zon hijau, kuning dan jingga pula, aktiviti berkenaan dibenarkan mengikut kaedah ketetapan solat Jumaat.

“Program keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau di zon hijau, kuning dan jingga terhad kepada kuliah Maghrib, majlis bacaan Yasin pada malam Khamis dalam skala kecil, namun tidak melebihi 45 minit melibatkan anak kariah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan itu berkuat kuasa sehingga tempoh PKP yang dijadualkan berakhir pada 14 Mei depan.

Tambah beliau, program keagamaan dan majlis ilmu berskala besar serta melibatkan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan.

“Ini termasuk aktiviti kemasyarakatan di masjid dan surau seperti jamuan, kenduri dan gotong-royong.

"Aktiviti Ramadan di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan dengan had waktu minimum. Masjid dan surau hendaklah ditutup setelah selesai solat Jumaat, solat fardu dan terawih yang dihadkan sehingga 10.30 malam sahaja,” katanya.

Menurutnya, program berbuka puasa, moreh, sahur di tiga zon berkenaan boleh dilaksanakan dengan kaedah mengedarkan makanan siap dibungkus, bagaimanapun jamuan dalam premis masjid tidak dibenarkan.

“Program qiamullail di masjid tidak digalakkan, namun jika dilaksanakan hendaklah bermula pada 4.30 pagi dengan pematuhan SOP ketat, sementara program tadarus al-Quran hendaklah dielakkan,” katanya.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

Beliau berkata, pengurusan masjid yang tidak mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan termasuk kebenaran mengadakan aktiviti keagamaan ditarik serta-merta.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.