Pergi Ke Kedai Tak Dilayan, Warga Emas Dilibas Dengan Parang...


Libas parang tak dapat rokok

Beaufort: Berang selepas permintaannya membeli rokok tidak dilayan, seorang lelaki melibas parang hingga terkena muka warga emas di Kampung Lumantak, Membakut di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, mangsa berusia 67 tahun cedera di muka selepas terkena parang yang dibawa lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun dikatakan pergi ke rumah mangsa untuk membeli rokok.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!

Bagaimanapun, katanya, mangsa didakwa tidak melayan suspek sehingga menyebabkannya berang sebelum pulang dan kembali dengan membawa sebilah parang.

"Suspek kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah mangsa dengan menggunakan senjata itu.

"Parang yang digunakan suspek untuk memecahkan pintu dikatakan tiba-tiba tercabut dan terus terkena ke bahagian muka mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yussof Zaki berkata, suspek yang melihat mangsa cedera terus melarikan diri dari tempat kejadian.

Katanya, suspek berjaya ditahan kira-kira sejam selepas kejadian oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

"Siasatan lanjut mendapati punca kejadian sebenarnya disebabkan perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang dikatakan menjadi punca rumah ibu bapa suspek terbakar tahun lalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan," katanya.

▶️Harian Metro
LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)