SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Penternak Dikompaun RM 1500 Ketika Ikat Lembu

Penternak dikompaun RM1,500 ketika tambat lembu

KOTA BHARU, KELANTAN – Seorang penternak lembu terkejut selepas menerima kompaun berjumlah RM1,500 ketika sedang menambat dua ekor lembu kira-kira 50 meter dari rumahnya di Kampung Pasir Tok Kambing di sini hari ini.

Nik Azman Nik Lah, 58, berkata, dia menerima kompaun itu pada pukul 11 pagi ketika berada di tepi jalan sambil melihat dua ekor lembunya sedang makan rumput.

Katanya, ketika itu, dia didatangi oleh seorang penduduk yang menunggang motosikal sambil membawa rumput sebelum menyatakan hasratnya untuk membeli lembu.

“Sebaik sahaja menyedari kereta peronda polis, lelaki itu terus memecut laju motosikalnya dan meninggalkan saya seorang diri.

“Ketika itu, saya tidak memakai pelitup muka kerana hanya mahu menambat lembu berhampiran rumah. Saya terkejut apabila salah seorang anggota polis meminta kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun. Saya telah memohon maaf beberapa kali kepada anggota itu, namun tidak diterima,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nik Azman berkata, anggota polis terbabit kemudian menyerahkan kompaun berjumlah RM1,500 dan perlu menjelaskannya sebelum 9 Jun depan.

Katanya, dia amat terkilan apabila polis tidak menerima penjelasannya yang keluar berhampiran rumah hanya untuk menambat lembu.

“Saya tidak mampu untuk membayar jumlah kompaun itu kerana tiada pekerjaan tetap. Saya hanya menternak dua ekor lembu itu untuk dijual pada Hari Raya Aidiladha nanti.

“Saya juga mempunyai lapan orang anak yang perlu ditanggung. Saya tiada wang untuk jelaskan kompaun itu,” katanya.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.