SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Penagih Dadah larikan kereta, kanak-kanak


Manjung: Tindakan seorang wanita meninggalkan anak perempuannya dalam kereta dengan pintu tidak berkunci dan enjin serta penghawa dingin tidak dimatikan mengundang padah apabila kenderaan bersama anaknya dilarikan seorang penagih dadah di Seri Manjung, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian berlaku ketika wanita berusia 36 tahun itu membeli barang di sebuah kedai haiwan pada 11.30 pagi.


Katanya, ketika di dalam kedai dia menghantar mesej kepada anaknya yang berusia 12 tahun, namun tidak berjawab menyebabkan dia keluar dari premis berkenaan untuk memeriksa keadaan kanak-kanak itu.


"Ketika itu wanita berkenaan menyedari kereta Perodua Bezza yang diparkir di tempat letak kenderaan tiada, sebelum ternampak seorang lelaki tidak dikenali membawa lari kereta bersama anak perempuannya.


"Dia cuba menghalang, namun suspek terus memecut laju kereta. Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam.


"Kereta dan kanak-kanak perempuan itu dapat diselamatkan, serta berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Nor Omar berkata, polis kemudian menangkap suspek berusia 24 tahun itu pada 12 tengah hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan semakan mendapati lelaki itu tiada rekod jenayah.


"Motif sebenar dia melarikan kenderaan itu masih dalam siasatan dan suspek belum dapat disoal siasat kerana masih di bawah pengaruh dadah," katanya.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!