Pelakon, pelawak Ramasundran meninggal dunia

PELAKON dan pelawak negara Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Ramasundran, 57, yang popular antaranya melalui sitkom Spanar Jaya meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Presiden Persatuan Teater Malaysia Sakrani Shamsuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi panggilan telefon oleh isteri mendiang.

Sakrani berkata mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden persatuan tersebut dimasukkan ke bahagian kecemasan HKL kira-kira 12 tengah malam tadi kerana kakinya bengkak.

Menurutnya, satu jam kemudian doktor mengesahkan Ramasundran yang mempunyai sejarah masalah jantung telah meninggal dunia.

"Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan. RIP (semoga rohnya bersemadi dengan aman) daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Teater Malaysia," katanya.

Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja