SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pakai Niqab Tanpa Facemask Adalah Salah

Pemakaian niqab mahupun pelindung muka tanpa pemakaian pelitup muka adalah menjadi kesalahan bawah Akta 342, tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan di bawah akta berkenaan.

“Pemakaian niqab tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak pakai pelitup muka.

“Jika memakai pelindung muka juga, pemakaian pelitup muka tetap wajib. Jika pakai pelindung muka dan niqab tapi tidak pakai pelitup muka, ia tetap salah,” katanya pada sidang akhbar khas bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan polis akan menjalankan siasatan terhadap selebriti Noor Neelofa Mohd Noor yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, ia susulan laporan yang diterima pihaknya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!