SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Neelofa, suami rentas negeri beli karpet...?

Neelofa, suami buat apa di Nilai 3?

Kuala Lumpur: Selebriti sensasi, Neelofa terus mencetuskan 'isu panas' untuk diperdebatkan netizen di media sosial apabila kali ini dia didakwa 'merentas negeri' lagi ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet dengan tindakan beraninya 'merentas negeri' pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata netizen di media sosial bengang dan 'panas hati' dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baru didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.

Antara komen netizen di Twitter, mendakwa ada terlihat Neelofa dan suaminya memang berada di lokasi di Nilai 3, yang secara tidak langsung sudah 'merentas negeri' lagi ketika PKPB.

"Hahahahaha, officemate (rakan pejabat) aku nampak diaorang tadi dekat Nilai 3. Mamber (kawan) aku send (kirim) gambar tadi dekat group, habis semua tadi was was akan pahala puasa memasing. Semua sebab Lofa," tulis seorang warganet.

"Rentas negeri beli karpet pulak. Rasa macam baru semalam je dia kelentong konon jadikan kesalahan sebagai iktibar dan pengajaran yadda yadda," komen seorang netizen lagi.

Menerusi perkongsian netizen terhadap video yang sudah dipadam Neelofa itu, pelakon drama Red Velvet berkenaan berbual rancak dengan peniaga karpet yang berkongsi lokasi beberapa cawangannya.

Lokasi cawangan peniaga karpet berkenaan, bukan hanya ada di Kuala Lumpur dan Johor, tapi pemilik itu turut membuka bisnesnya di negara jiran, Brunei.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala suaminya, PU Riz sebanyak RM10,000 kerana kesalahan melanggar SOP ketika majlis perkahwinan mereka.

Pasangan suami isteri berkenaan juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan polis ketika berkunjung ke Langkawi, Kedah di atas urusan perniagaan memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran pihak berkuasa.




Tidak terkecuali juga, seramai 20 ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah pada hujung Mac lalu.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.