"Nasi Di Kedah Lebih Sedap" Alasan Rentas Negeri Lorong Tikus


Tasek Gelugor: Memberi alasan mahu membeli nasi di Padang Serai, Kedah kerana mendakwa ia lebih sedap berbanding nasi yang dijual, di sini.

Itu antara alasan remeh yang diberikan ketika anggota polis menyoal beberapa individu yang didapati merentas negeri menggunakan lorong tikus dalam ladang kelapa sawit di Kampung Selamat, di sini, yang bersempadan dengan Padang Serai, Kedah.

Dalam operasi kira-kira 4 petang itu, lebih 15 individu berusia 50-an ditahan polis apabila didapati merentas negeri tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kebanyakan mereka memberi pelbagai alasan tidak munasabah apabila disoal.

"Ada yang kata sebab nak beli nasi di Kedah sebab dekat situ lebih sedap dan ada juga nak beli barang keperluan macam di sini (Tasek Gelugor) tak ada.

"Alasan remeh ini tidak dilayan oleh polis dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut," katanya ketika mengadakan pemeriksaan mengejut di jalan tanah merah, Kampung Selamat-Padang Serai, di sini, hari ini.

Katanya, polis mengenal pasti terdapat tiga lorong tikus dalam daerah Seberang Perai Utara yang sering digunakan bagi mengelak perbuatan mereka diketahui pihak berkuasa.

"Ketiga-tiga laluan tikus yang dikenal pasti adalah dua di jalan Kampung Selamat-Padang Serai dan satu lagi di jalan utama yang bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita anggap jalan ini sebagai laluan tikus yang sering digunakan oleh mereka yang enggan mengambil permit kebenaran daripada polis," katanya.

Katanya, pada masa sama, pihak polis turut mengesan individu yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri tidak mengikut format dan siasatan lanjut akan dijalankan.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)