Sumber tentera Lubnan memberitahu AFP, serangan roket itu dilancarkan dari kawasan berhampiran perkampungan Seddiqine di daerah Tyre, tanpa memperincikan pihak yang bertanggungjawab atas tindakan berkenaan.
Tentera Israel turut mengesahkan serangan itu, dan memaklumkan bahawa pihaknya membalas dengan tembakan artileri.
"Empat roket dibedil dari Lubnan ke Israel. Pertahanan udara Israel memintas satu daripadanya, manakala yang lain 'berkemungkinan terjatuh dalam kawasan terbuka'.
"Artileri Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membalas dengan menyerang sejumlah sasaran dalam wilayah Lubnan," katanya dalam satu kenyataan.
Belum ada laporan mengenai sebarang kematian berikutan insiden terbabit, setakat ini.
Ia adalah kali ketiga serangan roket dilancarkan dari wilayah Lubnan ke arah Israel sejak konflik terbaru tercetus antara rejim Zionis dengan Palestin di Semenanjung Gaza, minggu lalu.
Isnin lalu, roket dibedil dari kawasan ladang Shebaa di selatan Lubnan ke arah Israel tetapi gagal melepasi sempadan, yang kemudian menyaksikan rejim Zionis bertindak balas dengan melancarkan tembakan artileri.
Pada Khamis minggu lalu pula, tiga roket ditembak ke arah Israel dari kawasan berhampiran kem pelarian Palestin di Rashidiyeh.
Bagaimanapun, tentera rejim Zionis memaklumkan bahawa roket berkenaan terjatuh ke laut.
Sumber rapat kepada Hezbollah menafikan sebarang pembabitan dalam serangan berkenaan.
Share kepada kawan2 yang lain supaya kita sama2 bersatu hati demi agama Allah

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!