SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Kilang Ayam Diarah Tutup, 175 Orang Positif Covid-19


Masjid Tanah: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengarahkan kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, di sini menghentikan operasi mulai semalam hingga 4 Jun depan berikutan 175 pekerjanya positif Covid-19.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kumpulan pekerja yang positif itu kebanyakannya pekerja asing.

"Penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat mereka dikuarantin," katanya di sini, hari ini.

Kerajaan negeri juga berbincang dengan pihak pengurusan syarikat itu kemungkinan untuk memindahkan pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian itu.

Ini kerana asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai, katanya.

Beliau berkata, ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang dijangkiti virus itu.

Semalam negeri ini merekodkan dua kluster baharu, membabitkan tempat kerja di kilang dan dalam kalangan keluarga.

Keseluruhannya, 175 kes positif baharu direkodkan semalam, iaitu 65 kes di daerah Alor Gajah manakala Melaka Tengah (75 kes) dan Jasin (35 kes).

Jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,244, termasuk 55 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan manakala satu kes kematian dicatatkan.

Pix 1: Notis menghentikan operasi kilang memproses ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah di Masjid Tanah selepas 175 pekerjanya, kebanyakannya pekerja asing disahkan positif COVID-19 hari ini.

Pix 2: Rahmad Mariman (dua dari kanan) meninjau rumah pangsa PKNM berhampiran Kawasan Perindustrian Masjid Tanah di Masjid Tanah.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.