Kota Bharu: Kejadian kereta meletup hingga terputus dua, petang semalam dipercayai kerana mangsa merokok dan pada masa sama dalam kenderaan itu mempunyai mercun bola dalam jumlah banyak.
Kejadian pada 5.38 petang di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, menyebabkan seorang mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 49, maut, manakala empat kenderaan lain turut terbakar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu agak kuat kerana menyebabkan kemusnahan besar dan memberi kesan dalam jarak 100 meter termasuk kepada kenderaan berdekatan, masjid, rumah penduduk dan tadika.
"Kejadian ini pertama kali berlaku di negeri ini dan polis Kelantan memohon bantuan daripada Unit Forensik dan Unit Bom Bukit Aman untuk membuat analisis kejadian dan mereka dalam perjalanan ke negeri ini, hari ini.
"Hasil analisis termasuk punca kejadian dijangka akan diperoleh tidak lama lagi," katanya pada sidang media ketika meninjau Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh di sini, hari ini.
Kampung Terusan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 4 Jun depan.
Shafien berkata, kejadian letupan itu berlaku ketika kereta sedang berhenti di lampu isyarat.
"Ada saksi kata, ketika kejadian mangsa merokok dan membuka tingkap sedikit sebelum letupan berlaku.
"Letupan itu menyebabkan empat kenderaan rosak dan empat mangsa lain cedera termasuk seorang cedera parah. Semua mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau berkata, jumlah kemusnahan dalam kejadian itu belum diketahui memandangkan mangsa lain termasuk penduduk di lokasi terkesan dengan kejadian belum membuat laporan polis.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya meminta semua mangsa tampil membuat laporan polis untuk memudahkan siasatan termasuk jumlah kerugian.
"Kami masih menyiasat sama ada mangsa terbabit dengan penyeludupan mercun atau tidak dan mangsa mempunyai dua rekod lampau termasuk berkaitan dadah serta pecah rumah.
"Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti penyeludupan barang terlarang kerana ia adalah salah di sisi undang-undang dan boleh membawa padah kepada diri," katanya.
Media semalam melaporkan, seorang lelaki hancur anggota badan selepas kereta Proton Iswara dipandunya meletup.
MINTA UNIT BOM BANTU SIASATAN

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Terusan, di sini hari ini.
Semalam, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya putus dua disyaki akibat daripada letupan mercun yang dibawa di dalam keretanya, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang. Insiden berkenaan melibatkan empat mangsa tercedera serta lima lagi kenderaan turut terbakar dan rosak.
Mengulas mengenai punca kejadian, Shafien berkata berdasarkan maklumat awal ada yang mengatakan kemungkinan mangsa menghisap rokok malah mungkin kenderaan dinaiki mangsa dipanah petir kerana cuaca hujan ketika insiden letupan itu berlaku.
"Justeru, polis memohon kepada mana-mana saksi supaya tampil menyalurkan maklumat," katanya sambil menambah ia merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Kelantan setakat ini.

LAZADA RAMADHAN SALE
50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian
Tawaran 1 April - 15 Mei 2021
Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!