Kami tak mahu tengok muka abang lagi...


Sebelum ini, tidak sampai sebulan bercerai Zarina dan bekas suaminya rujuk semula kerana tidak mahu berputus asa dengan perkahwinan yang dibina pada 17 Julai tahun lalu selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun. 


Menurut Khairul, ahli keluarga yang lain juga mahu hukuman setimpal dikenakan kepada abang mereka di atas perbuatan kejam itu.

“Biarlah abang dikenakan hukuman setimpal dan kalau bebas sekali pun, kami tidak mahu dia balik ke sini lagi. Kami juga tidak mahu lagi tengok muka dia,” jelasnya.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang anak berusia 39 tahun bertindak di luar batasan apabila mencekik sebelum menetak anggota tubuh ibunya bertubi-tubi ketika mangsa sedang tidur.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan Mariani meninggal dunia dengan kece­deraan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Berdasarkan siasatan polis, suspek yang baru sebulan keluar dari penjara atas kesalahan dadah telah menggunakan sebilah parang untuk menetak mang­sa selepas berhalusinasi dan mendengar bisikan suara halus yang menyuruhnya berbuat demikian.


Selain itu, sumber keluarga tu­rut mendedahkan bahawa ma­ngsa sebelum ini pernah me­na­sihati suspek agar tidak lagi membeli dadah, lebih-lebih lagi selepas permohonan lelaki itu untuk mengeluarkan duit i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diluluskan.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, kejadian yang menimpa ibu mereka amat mengejutkan adik-beradik yang lain memandangkan sebelum kejadian, suspek tidak pernah menunjukkan tingkah laku yang luar biasa dan tidak pernah memukul ibunya.

“Saya tidak menyangka keja­dian ini boleh berlaku, emak sering menasihatkan kami adik-beradik supaya berlaku baik dan tidak meninggalkan solat. Kami juga diberikan didikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Mujibur Rahman berkata, kejadian itu amat mengejutkan dan perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi termasuk melalui usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap usaha berte­rusan dapat dilakukan pihak berkuasa dalam mengekang dan membanteras serta mendidik masyarakat di kampung mengenai bahaya penyalahgunaan dadah,” ujarnya.


LAZADA 4.4

Pembaca Berita TV Disiasat, berdepan hukuman penjara 2 tahun atau denda....

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali..


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)