Jumpa Rangka Tengkorak, Serpihan Tulang Dalam Longkang

Yan: Tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemukan seorang individu ketika memotong rumput di dalam parit di tepi sawah di Jalan Batu 18, Guar Chempedak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, individu terbabit menemui tengkorak dan serpihan tulang berkenaan di dalam parit itu pada 5.15 petang.

Beliau berkata, individu terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan itu sebelum pegawai penyiasat polis dan ketua balai polis pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Tengkorak dan serpihan tulang itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan berhubung penemuan berkenaan," katanya ketika dihubungi malam ini.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya dipanggil untuk membantu polis mengangkut tengkorak dan serpihan tulang itu pada 7.46 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak tiba di lokasi pada 7.53 malam.

"Operasi diketuai Mohamad Fisol Osman selepas dimaklumkan tengkorak itu ditemui dalam parit di kawasan itu.

"Tengkorak dan serpihan tulang berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)