SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

JDT Jangan "kerek" sangat mai tempat orang - Sanusi Md Noor


ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Noor kecewa dengan budaya ala samseng dalam kalangan pemain dan jurulatih ketika aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Insiden tegang antara kedua-dua pasukan berkenaan berlaku sebaik tamat babak pertama dengan pemain dan jurulatih JDT dilihat menerpa ke kawasan tempat bangku simpanan KDA dan tercetus perang mulut antara kedua-dua pihak.

Gaya dan karakter mereka itu sudah boleh nampak macam nak gaduh apabila mereka hampiri tempat kita. Padahal mereka datang ke stadium kita dan tak hormat kita dan mereka terpa (serbu) dekat jurulatih kita dan buat cengei (bengis).

"Ini ada karakter yang tidak bagus dalam sukan dan nampak kerek, mungkin pasukan mereka kaya dan gaji mereka mahal sementara kita pula tak ada duit. Jangan kerek sangat mai tempat orang, agak-agak la," katanya.

Muhammad Sanusi juga berkata, pihak lawan tidak sepatutnya memperlakukan pasukan Kedah seperti pasukan belasahan walaupun mereka pandai bermain bola sepak.

"Kita pun tidaklah bodoh sangat, malah kita juga hampir menjaringkan dua gol, cuma terhalang oleh tiang dan palang," katanya.

Kejadian itu turut disaksikan Muhammad Sanusi yang hadir mengiringi Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, berangkat ke Stadium Darul Aman.



Saya yakin satu hari nanti Kedah akan mampu menewaskan JDT, InsyaAllah... dan memang kita pernah tewaskan mereka sebelum ini," katanya.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.