SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Jabatan Mufti Perak Senada, Haram Hukumnya Rentas Negeri Untuk Pulang Beraya Yang Ditetapkan Kerajaan


IPOH: Jabatan Mufti Perak bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah bahawa haram hukumnya melanggar larangan merentas negeri yang ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.


Dalam satu kenyataan memaklumkan, pertimbangan terhadap masalah yang lebih umum yakni berkaitan kebimbangan penularan COVID-19 perlu didahulukan berbanding masalah khusus (individu).


"Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan peningkatan kes baharu dan kematian yang mendadak pesakit COVID-19 amat membimbangkan.


"Justeru adalah wajar tidak dibenarkan pihak-pihak yang tidak mempunyai alasan syarie untuk melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh ulil amri (pemimpin)," katanya seperti kenyataan yang dikongsi di Facebook pada Rabu.


Menurut kenyataan itu, haram bersebab itu bukanlah hukum popular ketika ini dan biarpun yang diucapkan oleh Mufti Wilayah itu bukan bersifat fatwa, namun sudah memadai dijadikan panduan umum kepada masyarakat terhadap permasalahan semasa.

Katanya, kenyataan bersifat irsyad hukum ini sewajarnya membantu mententeramkan jiwa-jiwa yang bersedih dan berduka kerana tidak dapat beraya di kampung bertemu orang tersayang.


"Sifat mukmin yang baik akan tunduk bila berhadapan dengan hukum, jauh sekali untuk menyanggah hukum.

"Dari sudut lain, kita yakin bahawa pandangan tersebut adalah lontaran ilmu daripada seorang yang diakui berkelayakan untuk mengeluarkan hukum biarpun berhadapan dengan cemuhan dan sindiran masyarakat," kata kenyataan itu.


Pada hemat Jabatan Mufti Perak, jawapan yang dikemukakan Luqman adalah satu pernyataan biasa yang jika ditilik kefahaman semua peringkat masyarakat adalah jawapan asas bagi seorang muslim yang baik dan taat kepada pemimpin terhadap sesuatu perintah untuk kemaslahatan semua pihak.


Hanya mungkin ujarnya, kenyataan itu diteliti bersama emosi dan sentimen semasa beserta olahan berita yang tidak membantu memahami konteks sebenar ulasan.


"Maka kesan segera daripada kenyataan ini adalah cemuhan, sindiran dan jenaka warganet. Kegopohan berinteraksi dengan kenyataan yang didengar dan dibaca tanpa meneliti secara saksama pastinya akan menghadirkan kefahaman yang tersasar dan ulasan negatif," katanya.


Jabatan Mufti Perak turut menegur perbandingan perbezaan layanan antara masyarakat biasa dengan 'kayangan' yang dibuat warganet dan sebahagian masyarakat yang mana perbandingan itu sama sekali tidak menjejaskan keabsahan hukum asal iaitu haram merentas tanpa kebenaran menurut undang-undang dan syarak.


Katanya, sebagai umat Islam sewajarnya menghormati pandangan daripada para Ashab al-Samahah biarpun berbeza selera kerana berkeyakinan terhadap ketelitian mereka dalam mengutarakan sesuatu hukum.


"Penghormatan kepada mufti dan institusi mufti dan fatwa adalah terjemahan terhadap penghormatan kepada Islam itu sendiri.

"Pihak pemimpin memerlukan nasihat yang baik dan berhemah, bukannya cemuhan dan makian yang dipapar secara umum di media sosial. Penzahiran terhadap ketidakpuasan hati boleh disalurkan melalui mekanisme yang pelbagai," katanya.

Artikel Sebelumya  : Langgar Larangan Rentas Negeri Semata-mata untuk menyambut aidilfitri hukumnya adalah haram menurut Mufti Wilayah Persekutuan


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.