SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Itu bukan bendera Israel – MPBP

Itu bukan bendera Israel – MPBP

BATU PAHAT- Pihak berkuasa menafikan helaian kain yang digantung di pekarangan sebuah kediaman di Taman Melur, Parit Imam di sini merupakan bendera Israel seperti yang didakwa orang ramai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Kamalludin Jamal berkata, kain berwarna biru putih bercorak seakan bintang itu digunakan oleh penyewa kediaman yang merupakan warganegara asing bagi tujuan keagamaan.

“Penghuni kediaman yang merupakan kumpulan warga asing itu mengaku menggantung kain berkenaan bagi upacara sembahyang sempena sambutan hari Wesak kelmarin.

“Tiada istilah penyokong Israel atau sebagainya, hanya salah faham. Kain itu telah pun diturunkan selepas pihak berkuasa MPBP mengarahkan perkara itu kepada pemilik premis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, MPBP sebelum itu menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut sebelum mengarahkan beberapa kakitangannya untuk turut ke lokasi kejadian.

“MPBP menerima aduan dan kakitangan kami semalam telah pergi ke premis tersebut. Sebaik mendengar keterangan, kami telah meminta pemilik premis untuk membukanya dan mereka akur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya turut menerima laporan berkenaan dan siasatan mendapati kain tersebut digunakan sebagai tanglung berwarna biru putih bagi tujuan sambutan hari Wesak.-K! ONLINE

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.