SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Istri Bawa Anak Melawat Bapa Bertugas SJR, Dikompaun RM 2,000


 
PUTRAJAYA - Polis telah mengeluarkan kompaun terhadap seorang wanita yang membawa anak-anak melawat suaminya yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, satu kompaun telah dikeluarkan kepada wanita itu di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) ziarah Hari Raya Aidilfitri (No 21 kesalahan-kesalahan lain yang diperuntukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Pada awalnya, perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

"Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, kita tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohd Fadzil menegaskan, pihaknya tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira sama ada orang awam mahu pun anggota polis sendiri," katanya.

Mohd Fadzil berkata, siasatan lanjut telah dijalankan dan mendapati anggota tersebut dan keluarganya tinggal di dalam daerah Putrajaya.

"Isteri dan anak-anak anggota tersebut telah datang menaiki dua buah kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Hari Raya Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi hari tersebut.

"Bagi dakwaan mereka menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza," katanya.

Pada Sabtu, Fadzil berkata, tiada pelanggaran SOP PKP membabitkan wanita bersama tiga anak masing- masing berusia 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun melawat suaminya yang bertugas di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil.

VIDEO - LELAKI PUTUS KEPALA AKIBAT KEMALANGAN LANGGAR LORI AYAM


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.