Insiden Jetski Hilang - Kanak-kanak 4 Tahun Ditemui Mati, Bapanya belum ditemui


BACHOK: Mayat kanak-kanak yang hilang ketika bermain jet ski di sungai dekat Kampung Pangkalan Baru di sini semalam, ditemukan sekitar jam 9.20 pagi ini.

Mohd Firas Naufal Mohd Zarmizi, 4 tahun, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih 15 jam dia dilaporkan hilang bersama bapanya.
Penemuan dibuat tidak jauh dari kawasan kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud, mayat Mohd Firas Naufal ditemukan pasukan SAR yang menyambung operasi pencarian jam 7 pagi tadi.

Bagaimanapun, bapanya Mohd Zarmizi Hussein, 37 tahun, masih belum ditemui.

Semalam, Mohd Zarmizi dikatakan membawa anaknya ke sungai berkenaan untuk menguji sebuah jet ski yang baru dibeli.

Kedua-duanya dikhuatiri lemas apabila hilang di kawasan sungai berkenaan sekitar jam 6 petang.

Mangsa yang beralamat di Kampung Pengkalan Chengal di sini dikatakan ke sungai berkenaan bersama ahli keluarga yang lain.

Pencarian dilakukan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok, Angkatan Pertahanan Awam serta polis.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja