SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Hasut orang supaya tolak vaksin, berdepan tindakan undang-undang

KOTA BHARU - Kerajaan menyediakan tiga akta untuk mendakwa individu atau kumpulan yang menghasut orang ramai untuk menolak suntikan vaksin Covid-19.

Tiga akta itu ialah Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini tiga undang-undang sedia ada sudah cukup untuk mendakwa individu atau kumpulan yang menghalang usaha kerajaan membendung penularan wabak itu.

"Tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang baharu untuk golongan ini.

"Mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan berkaitan antivaksin, menghasut dan mencabar undang-undang," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini pada Ahad.

Menurutnya, antivaksin merupakan satu kesalahan dan sekiranya ada pandangan berbau hasutan dikeluarkan golongan berkenaan boleh dikenakan tindakan.

Takiyuddin turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan provokasi terutama berkaitan Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, kerajaan masih belum memikirkan sebarang keputusan untuk mengenakan kompaun kepada individu yang 'ponteng' tarikh janji temu suntikan vaksin Covid-19.

Tambahnya, tiada sebarang ketetapan berhubung perkara itu walaupun penerima sudah menerima tarikh suntikan sehingga kini.

"Ia selari dengan dasar kerajaan memberi vaksin secara percuma kepada rakyat. Kerajaan sedang memikirkan keadaan itu (kompaun) kerana kita tidak mahu berlaku pembaziran.

"Satu sistem mungkin perlu dilakukan supaya mereka yang tidak hadir dapat digantikan dengan individu lain," katanya.

Takiyuddin berkata, ketika ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang mengendalikan isu berkaitan vaksin.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.