SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Hanya 5 Orang Saja Dibenarkan Solat Di Masjid, Surau


KUALA TERENGGANU – Hanya lima individu melibatkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dibenarkan solat secara berjemaah di masjid dan surau di 15 mukim di Besut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 24 Mei hingga 4 Jun nanti.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, tiada solat Jumaat diadakan sepanjang tempoh tersebut dan jemaah perlu menggantikan dengan solat Zohor.

“Ahli kariah hendaklah menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor dan menunaikan solat solat fardu yang lain di rumah masing- masing.

“Laungan azan di masjid dan surau dibenarkan sebagai makluman kepada ahli kariah masuk waktu solat manakala aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain di masjid serta surau adalah dilarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Osman, perintah itu mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut menzahirkan kebimbangan akan peningkatan kes positif jangkitan harian Covid-19 di daerah Besut.

Beliau berkata, arahan itu juga dibuat selepas mengambil kira pandangan mufti dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

“Bagi pengurusan dan solat jenazah, ia perlu dilaksanakan di rumah atau premis persendirian dengan hanya melibatkan kehadiran 20 pegawai, jawatankuasa masjid dan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Pengebumian jenazah di tanah perkuburan juga dilaksanakan dengan syarat kehadiran yang sama.

“Jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dari semasa ke semasa,” katanya.

PKPD akan dilaksanakan di 15 mukim di Besut selama 14 hari bermula 22 Mei sehingga 4 Jun ini.

Mukim terbabit ialah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di 15 mukim itu susulan Kementerian Kesihatan mengesahkan sembilan daripada 17 kluster aktif di negeri itu membabitkan daerah berkenaan yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dalam komuniti.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!