Dua wanita antara dipenjara kes pecah rumah dihukum penjara


Dua wanita antara dipenjara kes pecah rumah

SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk dua wanita dijatuhi hukuman penjara antara empat hingga 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah rumah di Persiaran Aman Jaya, Bandar Amanjaya di sini, bulan lalu.

Mereka ialah Mohd. Shahir Harun, 32; Muhamad Fahmi Adnan, 24; Mohd. Zainol Rashidie Abdul Ghani, 26; Rosli Hamid, 54; Siti Salbiah Awang, 35, dan Nurul Izzatie Ruslizan, 24.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas mencuri peralatan rumah dan dapur di rumah milik Mohd. Husainizam Husain, 44, di Bandar Amanjaya di sini antara pukul 2 pagi hingga 2 petang, 22 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dua tertuduh iaitu Mohd. Shahir dan Rosli turut didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan atas kesalahan melupuskan barangan curi berupa sebuah televisyen jenama Sharp pada tarikh dan hari yang sama di Kampung Pengkalan Lebai Man di sini. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)