SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bersenam Sebelum Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 12

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Loke Yew pada petang Sabtu dikatakan berpura-pura bersenam sebelum bertindak terjun dari tingkat 12 pangsapuri terbabit.

TIndakan mangsa itu dilihat beberapa individu yang bertindak untuk menghalangnya namun mangsa menepis tangan sebelum terjun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam kira-kira jam 2.08 petang.


"Siasatan awal dijalankan mendapati mangsa pada mulanya kelihatan berlegar-legar di tingkat 12 pangsapuri berkenaan kira-kira jam 1.50 petang.

"Salah seorang saksi telah menegur mangsa, mangsa hanya tersenyum dan tiba-tiba bersenam sebelum memanjat tembok," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, beberapa orang awam telah cuba memujuk namun tidak diendahkan.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di kepala, bahu, tangan dan kaki.

"Punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.

Menurutnya, mangsa merupakan warga tempatan berumur 37 tahun beralamat di Tanah Rata Cameron Highland, Pahang.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pada Sabtu, tular satu video memaparkan tindakan beberapa individu yang cuba menyelamat seorang lelaki dipercayai cuba untuk terjun gagal apabila lelaki berkenaan bertindak menepis tangan mereka sebelum terjun dalam kejadian di sebuah pangsapuri, di Jalan Loke Yew.

VIDEO - LELAKI BERSENAM SEBELUM TERJUN DARI TINGKAT 12 PANGSAPURI



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!