SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Berebut Parking, Bergaduh Sampai Jadi Kes Bunuh...

Lelaki mati terbaring atas jalan raya

SEREMBAN – Seorang lelaki ditemui mati terbaring di atas jalan raya selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Jalan Temiang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 7.17 petang sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu yang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan mangsa.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun terbaring di atas jalan raya di sebuah rumah di Jalan Temiang.

“Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa dengan seorang lelaki melibatkan isu mangsa yang memparkir keretanya di hadapan rumah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, isu tersebut sebenarnya telah lama berlaku dan pada hari kejadian tuan rumah terbabit telah meletakkan tanda ‘No Parking’ atau ‘Jangan Parkir’ menggunakan cat berwarna merah di atas jalan raya di hadapan rumahnya.

“Akibat perbuatan tersebut, mangsa yang dipercayai meletakkan kenderaan untuk pergi ke rumah majikannya yang terletak bersebelahan rumah suspek berasa tidak puas hati dan telah membuat provokasi.

“Perkara itu menyebabkan berlaku sedikit pergaduhan dan pertengkaran antara mereka (suspek dan tuan rumah), bagaimanapun ia tidak teruk dan berakhir selepas itu,” katanya.

Jelas Mohd. Said, selepas pergaduhan tersebut mangsa dipercayai telah keluar dan tiba-tiba terjatuh di atas jalan raya dan meninggal dunia di situ.

“Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan suspek seorang lelaki warga Myanmar berusia 21 tahun yang tinggal di rumah tersebut bersama ibu dan bapanya.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku berlaku pertengkaran dengan mangsa, sememangnya suspek sedar selepas mereka bertengkar mangsa telah keluar dan tiba-tiba rebah.

“Semasa mangsa rebah, pertengkaran telah berakhir dan suspek mengaku berlaku sedikit tolak-menolak antara mereka tetapi perkara itu berakhir di situ,” katanya lagi.

Tambah Mohd. Said, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. 

▶️ KOSMO! ONLINE

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.