SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Berang tak diberi laluan, pemandu e-hailing ditumbuk

Berang tak diberi laluan, pemandu e-hailing ditumbuk

Gombak: Hanya kerana tidak memberi laluan, seorang pemandu lori bertindak menumbuk pemandu e-hailing di Jalan Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku sekitar 5.30 petang ketika mangsa yang berusia 38 tahun sedang membawa penumpang.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori hendak memasuki laluan hadapan kereta mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa menyedari tindakan pemandu lori itu.

"Setibanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Batu Caves, mangsa menyedari lori berkenaan mengekorinya.

Katanya, ketika mangsa berhenti di lampu isyarat, secara tiba-tiba pemandu berkenaan turun dari lori dan bertindak menendang kereta mangsa di bahagian belakang dan pintu sebelah pemandu sehingga kemek.

"Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan bertanyakan tindakan lelaki berkenaan.

"Pemandu lori itu terus menumbuk mangsa di bahagian muka, badan dan turut menendang di bahagian belakang dan hadapan badan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Arifai berkata, mangsa lebam di bahagian mata dan tangan, selain hidung berdarah sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Polis kini giat memburu pemandu lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 0133020385 atau 03-61262222

▶️

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!