Bekas Tentera Mengamuk Ditembak Mati

Gerik: Seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh masuk kawasan pos kawalan Kem Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan, di sini, mati ditembak ketika bergelut dengan pengawal di pintu hadapan kem, jam 6.45 petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebelum pergelutan berlaku, lelaki berusia 35 tahun itu diberi amaran oleh anggota tentera yang melakukan kawalan di pos pintu hadapan kem berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit bagaimanapun tidak menghiraukan amaran itu, malah bertindak agresif menyerang anggota tentera pengawal dengan senjata yang dibawa dan berlaku pergelutan sebelum ditembak.

"Dalam pergelutan itu, anggota tentera pengawal pos melepaskan tembakan dan mengenai lelaki terbabit.

"Tentera kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan menghantar lelaki terbabit ke Hospital Gerik, untuk mendapatkan rawatan. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, lelaki terbabit adalah bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat pada 2003 dan ditamatkan perkhidmatannya pada 2013 kerana masalah mental.

Katanya, pihak IPD Gerik juga ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan dan merampas beberapa barangan berkaitan kes itu.

"Pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat yang dibuat pada hari ini di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan polis berharap tiada sebarang spekulasi daripada orang ramai sehingga boleh menjejaskan siasatan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)