SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Anak 14 Bulan Retak Tulang Kepala, Didakwa Jatuh Katil Maut Di Rumah Pengasuh

DUNGUN: Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak tulang kepala dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya di Paka pada Ahad.

Bayi berusia 14 bulan itu meninggal dunia kira-kira jam 10 malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata mangsa yang sebelum ini tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak HSNZ.

Baharudin berkata susulan itu, pihaknya akan menahan pengasuh wanita berusia 24 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.

"Bagaimanapun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes yang mulanya disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kini akan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Pada Ahad, seorang bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak tulang selepas dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya.

Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh itu kira-kira jam 10.15 pagi.

Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah wanita terbabit.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.