SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bayi Maut Kerana Lemas, Nenek Saudara Ditahan

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan dipercayai lemas di sebuah rumah di Taman Seri Juru di sini pada malam Selasa.

Wanita berusia 52 tahun yang juga nenek saudara kepada mangsa itu ditahan pada jam 10 malam di rumahnya bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan berhubung kematian bayi berusia 18 bulan itu dari Hospital Seberang Jaya(HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa dihantar keluarganya untuk dijaga suspek setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Menurut beliau, mangsa dijaga nenek saudaranya itu sejak sebulan lalu.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke HSJ menggunakan ambulans, namun disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang, Selasa.

"Hasil bedah siasat pada jam 4 petang mendapati punca kematian disebabkan lemas (dalam air). Sehubungan itu, kita menahan wanita tersebut yang juga nenek saudara mangsa yang menjaganya ketika kejadian berlaku.

"Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam tandas tingkat bawah rumah teres dua tingkat terbabit.

"Ketika kejadian, anak suspek berusia 16 tahun turut berada di kediaman berkenaan," katanya 

Shafee berkata, anak suspek yang melihat ibunya memegang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri telah menghubungi ambulans pada jam 11.57 pagi.

"Sementara itu, suspek pula mendakwa, mangsa didapati tidak sihat dan muntah lalu anaknya telah menghubungi ambulans untuk bantuan. Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dijalankan ke atas suspek.

"Kita turut merampas beberapa barangan antaranya sebuah besen mandian plastik yang dipercayai digunakan untuk memandikan mangsa, kesan swab pada besen tersebut, sampel air mandian, bangku lastik, sehelai seluar dalam mangsa serta sehelai sapu tangan," katanya.

Katanya, suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!