SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bapa, 3 Abang Kandung Rogol, Liwat Dan Pukul Anak Gadis Didakwa


 Bapa bersama tiga anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan merogol, meliwat serta memukul anak perempuannya.


Tertuduh yang berusia 51 tahun itu berdepan 35 pertuduhan iaitu 33 pertuduhan merogol dan dua pertuduhan mencabul serta memukul mangsa.


Tiga lagi tertuduh yang berusia 23, 27 dan 29 tahun pula didakwa atas 17 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan meliwat.


Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.


Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bapa kandung mangsa didakwa merogol, mencabul dan memukul dengan menggunakan getah paip hingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 18 tahun.


Bagi perbuatan itu, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Derita Remaja Dirogol 3 Abang, Malam Dirogol Bapak.

Derita Remaja Dirogol 3 Abang, Malam Dirogol Bapak.

MELAKA

“Mangsa yang tidak lagi bersekolah mendakwa dia dirogol dan diliwat abang-abangnya pada waktu siang, manakala bapanya akan melakukan perbuatan terkutuk itu pada waktu malam dan mangsa akan dipukul sekiranya melawan,” jelasnya..



Kesemua tiga abangnya pula didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah antara 1 Mac tahun lalu hingga 1 Februari 2021.


Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari dan tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan alasan kesalahan dilakukan kesemua tertuduh adalah serius selain membabitkan darah daging sendiri.


Hakim kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.


Pada 23 April lalu melaporkan derita seorang remaja perempuan yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa serta tiga abang kandungnya berakhir apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan polis.


Perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis pada 21 April lalu.




LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!