Polis rakam percakapan Syed Saddiq

Polis rakam percakapan Syed Saddiq

Polis rakam percakapan Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hadir bagi merakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Rakaman keterangan itu untuk membantu siasatan kes rakaman video dimuat naik dalam laman Instagram 'syedsaddiq', bertajuk #JusticeforGanapathy yang berkaitan isu kematian tahanan, A Ganapathy.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim milik Syed Saddiq.

Beliau berkata, terdahulu Syed Saddiq hadir di IPD Dang Wangi untuk proses rakam keterangan pada jam 10 pagi hingga 1.15 tengah hari.

"Beliau diminta hadir bagi membantu siasatan berhubung klip video berdurasi 57 saat bertajuk #JusticeforGanapathy yang dimuat naik dalam laman Instagram 'syedsaddiq'.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan satu kad sim milik beliau bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman, mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ganapathy, 40, ditahan 24 Februari lalu dan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 18 April selepas kira-kira sebulan menerima rawatan.

Keluarga Ganapathy mendakwa dia meninggal dunia akibat kecederaan ketika berada dalam tahanan polis.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)