7 Sekolah Di Kedah Ditutup 2 Hari


ALOR SETAR: Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Anne's Convent, Kulim; SMK Jelutong, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kiara dan SK Tunku Abdul Malik, lapor Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa, SK Sri Kulim dan SMK Sg Kob.

"Semua sekolah terbabit melibatkan daerah Kuala Muda/Yan dan Kulim Bandar Baharu," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya, penutupan itu dibuat untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

"Selain itu, tiga lagi sekolah yang ditutup sehingga hari ini (Ahad) adalah SMK Sultanah Asma, SMK Agama Kedah dan SMK Seri Badong," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)