Beliau berkata, setakat kelmarin 40 kluster keagamaan dikenal pasti termasuk 19 kluster di Johor, Selangor (13) dan lapan di negeri lain termasuk Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.
"Ketika ini kes yang direkodkan berdasarkan kes jangkitan yang berlaku pada sebelum dan pada hari raya. Kluster keagamaan berlaku sepanjang Ramadan hingga hari raya.
"Kluster ini meningkat bergantung kepada pergerakan dan mobilisasi orang ramai.
"Kalau kita dapat kurangkan mobilisasi bermakna lebih peluang untuk hidup, turunkan kadar kebolehjangkitan dan bendung Covid-19," katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), semalam.
Dr Adham berkata, situasi jangkitan sentiasa dipantau berdasarkan unjuran model Susceptible-Exposed-Infectious-Removed (SEIR) selain penyediaan pelan kontigensi oleh kerajaan.
"Kita laksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun selain memperketat prosedur operasi standard (SOP) dan kita minta rakyat untuk patuh SOP ini.
"Malah, kita galakkan rakyat untuk self lockdown mengambil contoh dilaksana beberapa negara termasuk Taiwan untuk memutuskan rantaian jangkitan.
"Jadi kita akan lihat kesannya dalam minggu mendatang ini dan membuat keputusan lanjut sebaik tiba 7 Jun," katanya.