Rata-rata pengguna jalan raya meluahkan kekecewaan akibat 'terperangkap' hampir 3 jam dalam kesesakan trafik di Tol Sungai Besi menuju ke ibu kota ketika tinjauan hari ini.
Kesesakan itu menyebabkan ada diantara kenderaan pengguna telah kehabisan petrol serta kepanasan enjin.
Ini berikutan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun depan.
Sumber:Bernama