SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita parah, warga emas maut dalam dua nahas babitkan ambulans


KUCHING: Wanita parah selepas van dipandu suaminya melanggar ambulans yang sedang dalam kecemasan ketika melalui lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, di sini, hari ini.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata nahas berlaku kira-kira jam 10.15 pagi ketika ambulans dari Klinik Tanah Putih itu sedang dari Jalan Utama menghala ke Jalan Kwong Lee Bank.


LAZADA 4.4

3,000++ Whatsapp Group

185,834 Sold |

Lebih 500,000 contact potential buyer untuk mudahkan urusan pemasaran anda


Katanya, ambulans berkenaan ketika itu membawa seorang pesakit wanita berumur 23 tahun yang mengadu lemah badan.

"Ketika sampai di lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, ketika lampu isyarat hijau, tiba-tiba ambulans dilanggar oleh sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri dari arah Jalan Datuk Marican Salleh.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu van persendirian terbabit cedera ringan di kepala manakala isterinya parah di kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 43 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala suaminya yang berusia 38 tahun dirawat di Zon Kuning HUS.



Sementara pemandu, seorang pegawai perubatan, jururawat termasuk pesakit dan adik pesakit yang turut berada di dalam ambulans berkenaan tidak cedera.

Alexson berkata siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu van Nissan Venette itu tidak peka dengan siren kecemasan ambulans berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Alexson berkata, satu lagi kemalangan yang turut membabitkan ambulans berlaku di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching, menyebabkan seorang warga emas berusia 69 tahun dari Rumah Jun, Rapak Tepus, Pantu, maut.

Katanya, nahas berlaku jam 8.45 malam semalam, ketika ambulans dari Klinik Kesihatan Pantu terbabit dalam perjalanan ke Lachau untuk mengambil mangsa kemalangan jalan raya.

"Ketika dalam perjalanan, ambulans itu dipercayai terlanggar mangsa yang melintas jalan di kawasan Rapak Tepus A.

"Mangsa, pejalan kaki parah di kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Hospital Sri Aman," katanya.

Alexson berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

▶️Berita Harian

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.