SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita cedera diserang dengan sabit, suspek berang air najis burung masuk ke rumahnya


Wanita cedera terkena sabit

Bukit Mertajam: Seorang kerani wanita cedera di dahi ketika menghalang jiran sebelah rumahnya yang bersenjatakan sabit yang cuba mencederakan bapanya di Taman Permatang Tinggi Indah, di sini, semalam.

Pada kejadian 4.10 petang itu, wanita berusia 27 tahun berkenaan melihat pertengkaran mulut antara bapanya yang berusia 52 tahun dan jiran lelaki berusia 42 tahun di hadapan laman rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pada ketika itu. jiran lelaki berkenaan memegang sebilah sabit dan mengacukannya ke arah bapa wanita terbabit.

"Wanita itu yang bimbang akan keselamatan bapanya kemudian cuba menghalang jirannya, namun dia pula yang cedera apabila dahi di sebelah kirinya terkena sabit berkenaan.


"Sejurus kejadian itu, suspek terus melarikan diri dan wanita itu yang berlumuran darah pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Butterworth," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, polis yang dimaklumkan mengenai insiden pergaduhan terbabit bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

"Melalui siasatan yang dijalankan mendapati punca pergaduhan itu adalah disebabkan salah faham hingga berlaku pertengkaran mulut antara jiran yang tinggal bersebelahan.

"Ini kerana jiran (suspek) tidak berpuas hati dan memarahi bapa wanita itu kerana air basuhan najis burung merpati didapati masuk ke kawasan rumahnya," katanya.

Shafee berkata, polis merampas sebilah sabit yang digunakan dalam insiden terbabit dan usaha mengesan suspek yang melarikan diri giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.