VIDEO - SATU LAGI IKLAN JUDI BERTEMAKAN HARI RAYA, INI SATU PENGHINAAN


Satu lagi iklan judi raya dikesan tular di media sosial hari ini.
Menggunakan judul "Hari Raya Berkaya", video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.

Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.

Sebelum ini, tular sebuah iklan memaparkan sekumpulan remaja mempromosi aktiviti sama bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia membawa kepada penahanan lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan iklan berkenaan pada Jumaat.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Jelasnya, siasatan akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon di dalam video tersebut.
Video yang tular sejak 15 April lalu itu mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan masyarakat khususnya yang beragama Islam.

Iklan tersebut yang pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah.




Astro AWANI sedang cuba mendapatkan reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video terbaharu ini.

KREDIT : ASTRO AWANI

LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)