SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - Pemandu rempuh wanita dituduh membunuh, tiada tawaran jaminan dikeluarkan


 
MUAR- Seorang pengusaha pasar raya mini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang wanita dalam kemalangan lima kenderaan, kelmarin.


Tertuduh, Gui Chui, 69, yang berdepan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar.


Mengikut pertuduhan, Gui yang menetap di Taman Parit Bakar, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Norain Abu Samah, 41, di lampu isyarat Bypass Temenggong Ahmad Jalan Pintasan Bandar Muar pada 25 April, pada pukul 7.45 pagi.


Atas pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Tiada pengakuan direkodkan dan prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam, R.K. Balakrishnan.


Tertuduh juga tidak ditawarkan sebarang jaminan dan mahkamah menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh semula sebutan kes untuk serahan laporan bedah siasat mangsa, laporan kimia dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).


Ahad lalu, akhbar seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas terlibat dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan, di persimpangan lampu isyarat Temenggong Ahmad, Jalan Pintasan Bandar, di sini.



LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Tawaran 1 April - 15 Mei 2021

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!