Sekumpulan pengguna jalan raya bertindak agresif apabila memukul pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Cendana, di sini, 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu kereta berusia 18 tahun yang diserang beberapa pengguna jalan raya
mengalami kecederaan di kepala, kaki sebelah kanan, hidung patah, tulang pipi cedera, jari manis dan parah jari kelengking.
Beliau berkata, kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal dan kereta.
"Kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal dari arah Jalan Kota Masai menghala ke Jalan Scientex manakala kereta dari arah Taman Cendana hendak membelok ke kanan menghala ke Jalan Kota Masai.
"Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal tidak sempat membrek lalu merempuh kereta yang sedang membelok.
"Penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan manakala pemandu kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan akibat kemalangan.
"Bagaimanapun pemandu kereta mengalami kecederaan akibat dipukul oleh orang awam yang tidak dikenali yang berada disitu selepas kemalangan berlaku," katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

100 Resipi Kuih Muih
57,443 sold |
Harga Asal : R̶M̶ ̶7̶7̶.̶0̶0̶Harga Promosi : RM 3.00 jer!
Promosi RM 3.00 ini hanya sah kepada 100 pembeli terawal. Cepat dapatkan ebook ni untuk persiapan raya nanti!
Menurutnya, susulan daripada tindakan beberapa orang awam yang memukul pemandu kereta dan beberapa mangsa yang lain, pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 148KK iaitu merusuh menggunakan senjata berbahaya sehingga mendatangkan cedera.
Katanya,pihak polis berusaha mengesan individu yang terbabit.
"Kami menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis menjalankan tugas serta mengambil tindakan mengikut peruntukan.
"Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau saksi kejadian agar dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222," katanya.

NETFLIX PREMIUM UNLOCK
RM 19.90 (sekali bayar sahaja)
14,480 sold |
Android 5.0 dan ke atas sahajaNikmati lebih 50,000 movie dan siri kegemaran anda. Ada yang lama dan ada yang latest