SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tiada layanan istimewa terhadap suspek pukul pengawal peribadi

Tiada layanan istimewa terhadap suspek pukul pengawal peribadi

LAZADA 4.4

YOUTUBE PREMIUM NO ADS

RM 19.90 (sekali bayar sahaja)

86,346 download |

Android 5.0 dan ke atas sahaja

Tonton apa saja video kegemaran anda di Youtube tanpa sebarang gangguan iklan. 100% tanpa iklan!


Kuala Lumpur: Polis tidak memberi sebarang layanan istimewa terhadap suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya permohonan maaf yang dikeluarkan oleh suspek adalah ketika proses pemindahan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ke IPD Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, insiden berlaku secara kebetulan semasa suspek hendak diserahkan ke IPD Klang Selatan.

"Ramai wartawan masih berada di IPD sejurus selesai sidang media Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkaitan isu video raya yang mempromosi judi.

"Suspek yang diambil oleh anggota IPD Klang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Klang Selatan sampai ke perkarangan lobi dan sepintas lalu suspek bercakap begitu saja," katanya.

Menurutnya, ia juga bukan dari sidang media yang dibuat suspek seperti didakwa sesetengah pihak.

"Wartawan juga tidak bertanya apa-apa soalan kepada suspek sebaliknya dia dengan sendirinya bercakap memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik oleh wartawan yang ada pada ketika itu.

"Justeru polis memohon pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu berkenaan," katanya.

▶️Harian Metro

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.