Terlepas Tangan Anak, Anak 3 Tahun Maut Dirempuh Kereta

Dungun: "Di depan mata saya, Mu'Tahal tercampak dirempuh kereta itu," kata Assalami Ahmad selepas anaknya maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Wa, dekat Jerangau, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, anaknya bongsunya itu, Mu'Tahal Assalami, 3, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada

Assalami, 61, berkata sebelum kejadian, dia bersama isteri dan enam lagi anaknya ke sebuah restoran untuk makan malam.

"Ketika tiba di restoran, saya memegang tangan dia dan ketika sedang menulis nama dan memeriksa suhu badan, tiba-tiba tangan anak terlucut dari pegangan.

"Dia berlari ke tengah jalan dan saya cuba mengejarnya namun gagal. Dia dilanggar kereta sebelum dia tercampak kira-kira 20 meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia perlu mengawal kesedihan dengan sedaya upaya dan perlu reda dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 25 tahun itu gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.

"Mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987, "katanya.



LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)