KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Loh Kee Hoe yang dipercayai adalah dalang utama kepada pembikinan dua video iklan mempromosi aktiviti perjudian dalam talian sempena Hari Raya.
Lelaki berusia 35 tahun ini disyaki mengarahkan pembikinan dua video promosi aktiviti judi dalam talian yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata Kee Hoe yang beralamat di Kuala Lumpur, dikenal pasti berdasarkan siasatan ke atas lapan suspek yang sudah ditahan sejak semalam hingga awal pagi tadi.
"Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat suspek berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-4589997," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
Mengulas berhubung tangkapan terhadap lapan individu semalam, Mohamad Zainal berkata, dua daripadanya direman hingga 21 April ini manakala enam individu yang juga pelakon video klip berkenaan dibebaskan.
"Individu yang direman adalah pengarah produksi dan jurukamera syarikat produksi terbabit. Bagi semua pelakon berkenaan permohonan reman ditolak majistret atas sebab individu berkenaan hanya berlakon dan memberi kerjasama yang baik ketika siasatan dijalankan," katanya.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan video pertama dan kedua yang tular dilakukan oleh syarikat produksi yang sama.
"Siasatan awal mendapati ia dilakukan syarikat produksi yang sama namun pelakon berbeza. Pelakon bagi video yang pertama mengenali pelakon video kedua dan susulan itu polis kini sedang mengesan semua yang terbabit dalam video kedua berkenaan," katanya.

NETFLIX PREMIUM UNLOCK
RM 19.90 (sekali bayar sahaja)
14,480 sold |
Android 5.0 dan ke atas sahajaNikmati lebih 50,000 movie dan siri kegemaran anda. Ada yang lama dan ada yang latest