Semua pelakon iklan raya promote judi ditahan


Polis mengesahkan kesemua pelakon dalam iklan raya yang mempromosikan judi secara dalam talian sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai sudah diberkas polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pelakon-pelakon dalam video berkenaan ditahan di sekitar ibu negara.

“Kesemua pelakon dalam video promosi judi secara dalam talian itu sudah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi dan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” ujarnya

Jelasnya, Majistret Kuala Lumpur dijangka akan datang ke IPD Dang Wangi hari ini untuk meluluskan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.

Terdahulu, satu iklan Hari Raya berdurasi 2 minit 1 saat tular di laman sosial hingga mengundang kecaman dan kemarahan netizen beragama Islam apabila mengeluarkan video mempromosikan aktiviti perjudian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada

Tambah mengejutkan, turut kelihatan dalam video itu adalah pelakon atau model dipercayai beragama Islam yang lengkap mengenakan pakaian tradisional baju kurung dan baju Melayu.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tersebut telah dibuat.

Katanya, isi kandungan video itu didapati secara jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)