SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis putus dua jari kaki kiri akibat dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, Petaling Jaya, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun bersama pasukan Ronda Cegah Jenayah Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti sedang menjalankan tugas 'snapcheck' di lorong motosikal lebuh raya terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pasukan itu menahan seorang penunggang motosikal untuk diperiksa namun dia cuba melarikan suspek dan melanggar mangsa.

"Suspek yang berusia 49 tahun berjaya ditahan dan menerusi pemeriksaan tubuh yang dibuat ke atasnya menemui dadah jenis heroin seberat 11.89 gram serta satu botol air disyaki air ketum.

"Bagaimanapun, anggota polis berpangkat Koperal yang dilanggar cedera parah pada bahagian kaki apabila dua jari kaki kirinya putus dan kini dia sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ku Mashariman berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan semakan menunjukkan lelaki itu tiada sebarang rekod jenayah lampau.

"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.