POLIS BURU BAPA PIJAK, UGUT BUNUH ANAK KANDUNGNYA


TAWAU: Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ulu Balung, Tawau, baru-baru ini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah rumah tangga dan baru bercerai dengan isterinya, melarikan kanak-kanak dianggarkan berusia antara dua hingga empat tahun itu daripada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.


LAZADA 4.4

LAZADA RAMADHAN

1 APR - 15 MEI |

Penghantaran PERCUMA

Ada potongan harga RM 15 untuk pembelian pertama di Lazada

"Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu," katanya.

Belau berkata, polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

LAZADA 4.4

VIDEO - BAPA PIJAK, UGUT BUNUH ANAK SENDIRI

Tawau,SABAH

Video yang berdurasi 1 minit lebih memaparkan tindakan ganas seorang bapa terhadap anak kandungnya dengan memijak-mijak serta mengugut untuk bunuh anak-anak malang itu.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)