PKP 5 Daerah Di Kedah Mulai Esok


KUALA LUMPUR: Lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.

Ini berikutan, dalam tempoh 14 hari hingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 709 kes aktif direkodkan di semua daerah berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, berkata penularan jangkitan membabitkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim, daerah atau zon.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah itu berkuat kuasa 1 Mei hingga 14 Mei depan.

"Ia bertujuan menyekat penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)